KEMENAG PONTIANAK

KANTOR KEMENTERIAN AGAMA KOTA PONTIANAK, JL. ZAINUDDIN NO.4 KOTA PONTIANAK

4 Tahap Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah SAW

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Ibubapa zaman ini kurang sabar. Lihat sahaja berapa banyak kes2 penderaan yang dilaporkan. Itu hanya kes penderaan fizikal, bagaimana pula dengan penderaan mental. Kata2 kutukan, kejian, tengking marah kami lihat berleluasa didalam keluarga yang mempunyai anak yang masih kecil. Kadangkala baru berusia 3, 4 tahun sudah ditengking dikutuk. Belum puas lagi mereka menikmati hidup sebagai kanak-kanak.
Mereka ini nanti akan meniru perangai mak ayah ini. Menjadi ganas dan tidak beradab. Apa sebenarnya masalah ibubapa generasi Y ini ? Terlalu sibuk dengan media sosial sehingga mengganggu emosi ? Tekanan ekonomi yang tidak menentu ? Pemakanan yang tidak sihat sehingga menjejaskan sifat rasional dan kasih sayang ? Atau kurangnya ilmu kekeluargaan ?
Ikutilah apa yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah dalam hal ini. InsyaAllah bahagia rumah tangga.
Dadah dalam kalangan pelajar membimbangkan
KOTA BHARU 17 Sept. – Penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar sekolah di negara ini berada pada tahap membimbangkan dengan peningkatan yang sangat ketara sejak lima tahun kebelakangan ini.
Pengarah Bahagian Rawatan Perubatan dan Pemulihan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Wan Addenan Wan Mohd. Noor berkata, pelajar sekolah yang terlibat dengan gejala tidak sihat itu terdiri daripada mereka yang berumur seawal 13 hingga 18 tahun.
Beliau berkata, antara punca utama menyebabkan peningkatan gejala itu adalah faktor diri sendiri yang mudah terjebak, persekitaran sama ada keluarga mahupun rakan-rakan dan bekalan serta sumber dadah sudah terlalu banyak.
“Daripada operasi yang kita jalankan tahun ini, setakat ini kita menahan seramai 32 orang yang berumur di antara 13 hingga 18 tahun. Ini daripada operasi, belum termasuk yang sukarela datang jumpa kita.
“Jadi, masalah penyalahgunaan dadah sekarang ini begitu teruk dan secara puratanya menunjukkan peningkatan dua peratus sejak lima tahun terakhir ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Sejenak Bersama Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah (JKPD), AADK negeri Kelantan di Dewan Seminar Pusat Transformasi Luar bandar (RTC) di sini hari ini.
Dalam pada itu, Wan Addenan berkata, setakat ini, rawatan dan pemulihan kepada penagih di dalam komuniti secara keseluruhannya telah mencapai 75 hingga 85 peratus keberkesanannya.
“Setakat ini, kita sudah mempunyai jawatankuasa pemulihan dadah di semua daerah di seluruh negara. Di Kelantan sahaja, kita sudah mempunyai 14,000 skuad antidadah.
“Mereka ini terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO), sukarelawan, serta komuniti setempat yang akan membantu dari segi pemulihan serta pencegahan,” katanya.
Tambahnya, pelbagai usaha telah dibuat oleh agensi itu dalam memperkasakan setiap program pemulihan serta meningkatkan lagi pencegahan secara proaktif dan lebih agresif.
“Oleh sebab itu, kami juga amat berharap komitmen serta kerjasama daripada kerajaan negeri serta masyarakat untuk turut sama membantu,” katanya. – Utusan Malaysia

https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpl1/v/t1.0-9/11959972_10153500458225256_1702169508064298626_n.jpg?oh=da73def289cab552d30f98451ea7d200&oe=5694F21D&__gda__=1451749159_eb5a47f0cb7ecc8639df14700b0c14ee
Begitu murahnya harga zina semurah harga tiket wayang dan popcorn. Jangan biarkan generasi kita terus tenggelam. Jom turun lapangan Malam Ambang Merdeka ini.
– Pulau Pinang
Berhimpun di Masjid Lama Jamek, Gurney Drive. Jam 3 ptg.
Ambil peduli, masa depan negara adalah cerminan dari akhlak belia masa kini

sumber :https://peribadirasulullah.wordpress.com/2015/10/02/4-tahap-mendidik-anak-mengikut-sunnah-rasulullah-saw-2/

0 Response to "4 Tahap Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah SAW"

Posting Komentar