بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Isra [16] Dan apabila sampai tempoh
Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan
(lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara
mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat
padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami
menghancurkannya sehancur-hancurnya.
“Mutrofin” adalah mereka yang memiliki kelebihan dibandingkan dengan orang lain dari segi kekuasaan (politik) dan kekayaan (harta). Kelebihan-kelebihan yang mereka miliki itu boleh digunakan untuk beribadah (taat) kepada Allah SWT atau digunakan untuk maksiat.
Harta adalah manis.
Sabda Rasulullah SAW:“Sesungguhnya harta itu manis lagi menawan. Sesiapa yang mengambilnya dengan cara yang benar, diberkati padanya,” (Sebahagian hadis Riwayat Ahmad)
Dari Hakim bin Hizam r.a katanya, dia meminta sedekah kepada Nabi s.a.w lalu diberi oleh baginda. Kemudian dimintanya lagi lalu diberi pula oleh baginda. Kemudian baginda bersabda,:”Harta itu lazat dan manis. Maka siapa yang menerimanya dengan hati yang bersih (tidak rakus atau serakah), dia akan mendapat berkat dengan harta itu. Tetapi sesiapa yang menerimanya dengan nafsu serakah dia tidak akan mendapat berkat dengan harta itu; dia seperti orang makan yang tidak pernah merasa kenyang. Dan tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah.”(Muslim)
Sahabat tidak lalai dengan kemewahan

Suatu hari telah terdengar bunyi bising dan riuh datang daripada
pesisir kota Madinah yang biasanya tenang dan sepi. Bunyi itu semakin
lama semakin kuat. Tambahan pula, debu-debu padang pasir berkekepul ke
udara. Penduduk Madinah kemudiannya mendapati bahawa itu adalah kafilah
yang besar memasuki kota Madinah. Mereka sangat kagum apabila 700 ekor
unta penuh muatan memasuki Madinah dan memenuhi jalan-jalan raya. Mereka
bersorak dengan penuh gembira dan setiap orang memanggil orang yang
lain untuk melihat apakah barang yang dibawa oleh kafilah tersebut.
Aisyah r.a., apabila mendengar keriuhan itu, bertanya: “Kenapakah kota Madinah begitu meriah?” dan beliau diberitahu: “Itu adalah kafilah Abdul Rahman yang datang dari Syria membawa segala kepeluan.” “Satu kafilah telah menyebabkan berlaku keriuhan?” beliau bertanya tidak percaya.
“Ya, wahai Umm al-Mukminin. Kafilah itu terdiri daripada 700 ekor unta.”
Aisyah r.a. menggelengkan kepalanya dan merenung jauh seolah-olah cuba meningati sesuatu, kemudian beliau berkata:
“Aku telah mendengar Rasulullah bersabda, Aku melihat Abdul Rahman bin Auf masuk syurga dengan merangkak.”
Beberapa sahabat Abdul Rahman telah memberitahunya tentang hadith yang disebut oleh Aisyah r.a. Beliau teringat bahawa beliau pernah mendengar lebih daripada sekali tentang perkara itu daripada Rasulullah, lantas beliau segera pergi ke rumah Aisyah dan berkata: “Wahai ‘ammah, adakah kamu mendengar sendiri tentang perkara itu daripada Nabi?”
“Ya,” Jawab Aisyah r.a.
“Kamu telah mengingatkan aku tentang satu hadith yang tak akan aku lupa,” beliau berkata dengan gembira, kemudian menyambung:
“Kalau boleh, aku sangat ingin memasuki syurga dengan berdiri. Aku bersumpah kepadamu, wahai ‘ammah, bahawa semua kafilah itu dengan kelengkapan yang dibawanya, aku keluarkan untuk jalan Allah.”
Dan begitulah beliau lakukan. Dalam suasana gembira beliau telah membahagikan semua yang dibawa oleh kafilah yang besar itu kepada penduduk Madinah dan sekitarnya.
Itu hanyalah satu peristiwa yang menunjukkan siapakah Abdul Rahman sebenarnya. Beliau telah mendapat kekayaan yang banyak, tetapi beliau tidak menyimpannya untuk kepentingannya sahaja dan beliau tidak membenarkan ia melalaikannya.
Setiap harta yang diterima dan dibelanjakan akan ditanya tentang halal haramnya.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Tidak akan berganjak dua tapak kaki manusia pada hari kiamat sehingga dia disoal tentang empat perkara. Mengenai umurnya, ke manakah dihabiskan umurnya? Mengenai ilmunya, apakah yang sudah dilakukan dengan ilmunya? Mengenai hartanya, dari sumber manakah dia perolehi dan ke jalan manakah dia belanjakan? Dan tentang tubuh badannya, apakah yang telah dia lakukan?” (HR Tirmizi).
Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: “Wahai orang Muhajirin yang miskin! Aku membawa berita baik iaitu cahaya yang sempurna pada hari perhitungan (Mahsyar) dan kamu akan memasuki syurga terlebih dulu daripada orang kaya dengan perbezaan setengah hari dan setengah hari ini bersamaan dengan 500 tahun (hidup di dunia).” (Hadis riwayat Abu Daud dari Abu Said al-Khudri)
Kata Imam Ghazali dalam Ihya’Ulumuddin “Jika Abdul Rahman r.a. yang mencari dan menggunakan hartanya dengan cara yang betul pun dibicarakan setengah hari (500 tahun dunia), bagaimana pula orang kaya di zaman kita (zaman beliau)? Apalagi orang di zaman sekarang yang hartanya terlibat dengan penipuan, rasuah dan riba.
sumber : https://peribadirasulullah.wordpress.com/2015/10/02/abdul-rahman-r-a-dihisab-selama-500-tahun-walau-memiliki-harta-yang-halal/

0 Response to "Abdul Rahman r.a. dihisab selama 500 tahun walau memiliki harta yang halal"
Posting Komentar