بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Orang hebat ialah orang yang mendapatkan kejayaan disaat konteks realitinya berbeza arus dengan konten keinginan untuk mencapai impian.
Orang hebat tidak ditafsirkan sebagai orang yang berjaya menunaikan haji ke Mekah kerana sudah sejak azali hidup dalam keluarga berada, orang yang sempurna mental, fizikal yang mampu mencari nafkah untuk keluarga tanpa cacat anggota, orang yang berkebolehan belajar tinggi sehingga ke luar negeri, orang yang sentiasa diberi sokongan moral untuk merealisasikan cita-cita, orang yang lahir dalam keluarga kelompok ulama, alim, abid dan asatizah yang menyertai jemaah untuk sentiasa dekat dengan Allah.
● Orang hebat ialah orang yang paling kuat jiwanya sehingga berjaya mencapai kejayaan disebalik rintangan yang pelbagai dengan segala macam bentuk kekurangan.
● Orang hebat ialah orang yang melakukan perkara-perkara biasa sehingga menjadi luar biasa. Ia tidak perlu bermula dengan perkara luar biasa, sebaliknya perkara biasa yang akhirnya menjadi luar biasa.
Tidak perlu menjadi burung sedangkan diri merupakan itik.
Tidak perlu menjadi kuda sedangkan diri ialah kancil.
◆ Jadilah itik yang pandai berenang sehingga tidak perlu menjadi burung untuk menyeberang lautan.
◆ Jadilah kancil yang bijak melepaskan diri berbanding berharap menjadi kuda yang pantas berlari ketika dikejar haiwan pemangsa.
Hebat tidak didefinisikan sebagai kejayaan disaat kita dilengkapi pelbagai kemudahan. Hebat ialah kejayaan yang dicapai di luar konteks keselesaan meskipun bertemankan banyak kekurangan.
Menguntai bicara definisi hebat, Tuhan turut berfirman dalam surat cintaNya, Al Quran “Sesungguhnya Tuhan tidak memandang fizikal dan harta kamu tetapi Tuhan memandang pada hati kamu”
Hebat itu letaknya di hati dan jiwa yang kuat.
Disebalik rintangan yang amat dasyat, jiwa mampu bertahan untuk mencapai dan mengekalkan kejayaan di dunia untuk alam selepasnya.
Waallahua’lam.
sumber : https://peribadirasulullah.wordpress.com/2015/09/28/menjadi-insan-yang-hebat/
0 Response to "Menjadi Insan Yang Hebat"
Posting Komentar